...Multi Guide (Aneka Petua)...

 

 

 

 Hilangkan Gatal Kaki

 
 

 

 
 

Ada antara kita yang selalu terkena ulat air dan gatal keterlaluan. Cara menghilangkan gatalnya adalah dengan menggunakan air suam dan garam, campurkan kedua bahan itu. Kemudian rendam kaki anda selama 15-20 minit, ulat air itu akan keluar dan hilang rasa gatal. Amalkan sehingga gatal tersebut hilang.

 
     
     
  Merawat Resdung  
     
 

Hiris 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi, masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu, resdung yang anda alami akan berkurangan. Selamat mencuba.

 
     
     
  Menghilangkan Ketuat  
     
  Ambil sabun mandi dan kapur sirih dicampurkan kedua bahan ini, kemudian ketuat dipotong dan dibersihkan. Selepas itu bahan yang dicampurkan tadi ditampal atau disapukan pada ketuat yang dipotong tadi dan dibalut rapi.  
     
     
  Jernihkan Minyak Masak Terpakai  
     
 

Biasanya minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan atau sebagainya akan bertukar menjadi kotor dan berkeladak. Untuk menjernihkan semula minyak masak terpakai ini, ambil 1 inci halia dan hiris nipis-nipis. Gorengkan bersama di dalam bekas minyak tersebut. Minyak tersebut akan kembali jernih seperti minyak baru. Selamat mencuba.

 

 

 


 
 Search for web :

  

   Sports

  

   News

  

   Health


  EPL

  ESPN

  Livescore

  Football365

  PHYSioRoom 

  Worldcup 2006

 

 

  Harian Metro

  Utusan

  News Straight Times

  Nan Yang Siang Paw

 

 

  Tips Kesihatan

  Aneka Petua

  Kesihatan Lelaki

 

[

Welcome To My Homepage

]

[ home ]   [ about myself ]   [ gallery ]   [ guest book  ]   [ intro ]

 
All Content Provided by Niramid Udomvongs
Sebarang Cadangan Sila Email Kepada Webmaster