Laman web ini dibina atas sebab ia merupakan salah satu projek untuk
matapelajaran Pembangunan Web (F5013) semester 6 bagi kursus Teknologi
Maklumat peringkat diploma di Politeknik Seberang Perai.
Dengan
terbinanya laman web ini, saya dapat menggunakan segala teori yang
telah dipelajari semasa waktu kuliah dan diaplikasikan sebagai satu
laman web yang sempurna. Dengan adanya laman web seperti ini, saya
dapat berkongsi maklumat mengenai diri sendiri dan maklumat-maklumat
lain dengan rakan-rakan yang lain.
Saya juga
dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat kerana saya dapat
melihat laman-laman web yang telah dibina oleh mereka. Saya dan
rakan-rakan juga boleh bertukar-tukar maklumat yang telah dimasukkan
pada laman web ini dan mendapatkan faedah daripada maklumat-maklumat
tersebut. |