...Man Health (Kesihatan Lelaki)...

 

 

 

 Lemak Ikan Kurangkan Risiko Kanser Prostat

 
 

 

 
 

Ramai yang tidak sedar bahawa segala jenis penyakit berpunca daripada tabiat pemakanan yang baik. Cara yang terbaik untuk mengelak atau mengurangkan sesuatu penyakit ialah dengan mengamalkan corak pemakanan yang sihat. Lelaki yang mengambil lemak ikan dalam jumlah sederhana boleh mengurangkan risiko kanser prostat. Anatar spesis ikan yang kaya dengan khasiat ini ialah ikan kembung dan salmon. Kedua-dua lemak ikan ini mengandungi lemak omega-3 yang tinggi. Teori ini berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas lelaki Sweden yang tidak menggemari ikan. Didapati mereka ini berisiko menghadapi penyakit kanser prostat dua hingga tiga kali ganda berbanding lelaki Asia yang banyak makan ikan.

 
     
     
  Wanita Panjangkan Umur Lelaki ?  
     
 

Wanita dapat memanjangkan umur lelaki. Bagaimana? Menurut Jurnal Perubatan New England, dengan memandang wanita kerap kali, lelaki dikatakan dapat memanjangkan hayat serta mengekalkan kesihatan mereka. Menurut Dr. Karen Weatherby, dengan melihat wanita 10 minit setiap hari terutama yang dapat membangkitkan ghairah mereka, dapat disamakan dengan melakukan senaman aerobik selama 30 minit. Keadaan ini bukan disebabkan oleh nafsu semata-mata, tetapi datangnya daripada rangsangan yang dapat meningkatkan kelancaran mengepam jantung yang sihat dan teratur.

 
     
     
  Betik Baik Untuk Sperma  
     
 

Buah betik memang diakui khasiatnya yang baik untuk kesihatan mata. Namun bagi lelaki, buah betik memang menyempurnakan hidup mereka. Buah betik dikatakan baik untuk meningkatkan kesuburan sperma lelaki. Bukan itu sahaja, malah betik juga membekalkan vitamin C yang sihat untuk tubuh badan. Selain menambahkan kesuburan sperma dan vitamin C yang sihat, betik juga dapat membekalkan bahan antioksida yang bertindak baik untuk kesihatan tubuh. Kini, nyata sekali selain ubat-ubatan yang mampu meningkatkan kesuburan sperma, betik yang sememangnya mudah didapati dapat dijadikan ubat paling mujarab mengatasinya. Bagi lelaki, cuba amalkan pengambilan 500 gm betik sehari.

 

 

 


 
 Search for web :

  

   Sports

  

   News

  

   Health


  EPL

  ESPN

  Livescore

  Football365

  PHYSioRoom 

  Worldcup 2006

 

 

  Harian Metro

  Utusan

  News Straight Times

  Nan Yang Siang Paw

 

 

  Tips Kesihatan

  Aneka Petua

  Kesihatan Lelaki

 

[

Welcome To My Homepage

]

[ home ]   [ about myself ]   [ gallery ]   [ guest book  ]   [ intro ]

 
All Content Provided by Niramid Udomvongs
Sebarang Cadangan Sila Email Kepada Webmaster