...Health Tips (Tips Kesihatan)...

 

 

 

 Teh dan Kanser

 
 

 

 
 

Teh sering dikaitkan sebagai penyembuh pelbagai penyakit. ia dikatakan dapat meningkatkan aktiviti antioksida di dalam darah serta membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa minum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxificztion" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Bukan itu saja, malah teh juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan strok terutama kepada lelaki.

 
     
     
  Langsing Dengan Minyak Kelapa  
     
 

Jika selama ini anda hanya menggunakan minyak kelapa untuk tujuan melebat rambut, kini anda mungkin berfikir dua kali untuk tujuan itu. Ini kerana adalah lebih bermanfaat sekiranya anda menggunakan minyak tersebut untuk masakan memandangkan kajian baru-baru ini mengatakan bahawa minyak kelapa mampu melangsingkan badan.

Penggunaan minyak kelapa dikatakan boleh mengekang nafsu makan, meningkatkan metabolisme dan menurunkan berat badan. Alasannya adalah keran minyak kelapa dikatakan mempunyai rantaian kimia yang lebih pendek (medium chain triglyceride atau MCT) berbanding dengan rantaian kimia lemak haiwan dan minyak sayur (long chain triglyceride atau LCT). Tubuh akan mengubahnya menjadi tenaga seperti karbohidrat.

Semasa mengambil minyak kelapaa sememangnya tubuh akan mendapat lemak tetapi metabolisme yang meningkat akan mambakar kalori dan tidak disimpan sebagai lemak.

 
     
     
  Awas Pengguna Telefon Bimbit !!  
     
 

Satu penyelidikan terbaru Sweden mendakwa pengguna telefon bimbit di kawasan pedalaman lebih berisiko tinggi atau tiga kali ganda lebih mudah menghidap ketumbuhan otak berbanding pengguna kemudahan itu di bandar. Penyelidik mendapati penggunaan telefon mudah alih di kawasan pedalaman berisiko mengalami ketumbuhan jenis malignan atau barah yang menyerang dan memusnahkan tisu serta jenis benign (bukan barah).

 
     
     
  Atasi Risiko Barah  
     
 

Satu kajian yang dijalankan di London baru-baru ini menunjukkan bahawa suri rumah mempunyai kelebihan yang tidak dijangka. Melakukan kerja rumah memang memenatkan tetapi bagi wanita, ia mampu mengurangkan risiko beberapa jenis barah. Sebuah laporan menyebut wanita yang berjalan lebih 60 minit sehari dan melakukan kerja rumah 4 jam atau lebih sehari adalah 30 peratus lebih rendah diserang barah rahim. Penyelidikan berasingan menunjukkan pesakit barah payu dara yang kerap melakukan latihan fizikal lebih berpeluang untuk selamat dari penyakit ini. Ia satu kelebihan wanita yang tidak bekerja.

 

 

 


 
 Search for web :

  

   Sports

  

   News

  

   Health


  EPL

  ESPN

  Livescore

  Football365

  PHYSioRoom 

  Worldcup 2006

 

 

  Harian Metro

  Utusan

  News Straight Times

  Nan Yang Siang Paw

 

 

  Tips Kesihatan

  Aneka Petua

  Kesihatan Lelaki

 

[

Welcome To My Homepage

]

[ home ]   [ about myself ]   [ gallery ]   [ guest book  ]   [ intro ]

 
All Content Provided by Niramid Udomvongs
Sebarang Cadangan Sila Email Kepada Webmaster